KP Imigresen gadai keamanan negara

 


Pembongkaran maklumat bahawa lebih 1.2 juta warga China masih berada di Malaysia selepas tiba di negara ini dalam tempoh antara 2018 dan 2021, amat membimbangkan kebanyakan pihak.

Itu baru warga China, belum lagi rakyat dari negara lain yang belum dibongkar.

Persoalannya di sini, apakah tugas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga boleh membenarkan warga asing masih tinggal di negara ini? Kita tolak tepi warga China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

JIM mempunyai rekod keluar masuk setiap individu asing di negara ini, mengapakah tidak usir mereka selepas tamat tempoh pas perjalanan mereka?

Apakah JIM ditawar duit kopi yang terlalu banyak oleh sindiket-sindiket tertentu sehingga sanggup menutup mata tentang isu ini?

Sewajarnya, Ketua Pengarah (KP) Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud perlu jawab persoalan tersebut namun sehingga ke hari ini, dia gagal berbuat demikian.

Adakah Khairul Dzaimee cuba 'play safe' dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media? Atau mahu menyembunyikan sesuatu yang terselindung di sebalik JIM?



Sebenarnya, wujud taktik untuk meloloskan wanita warga asing khususnya dari China untuk dijadikan gadis pelayan pelanggan (GRO) di negara ini menerusi kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Dikatakan lima hingga 10 kaunter dibuka dalam satu-satu masa untuk anggota JIM yang telah dibayar ejen tertentu, akan bertugas di situ sebelum melepaskan wanita warga asing tanpa semakan dan pemeriksaan.

Malahan, ada juga individu yang telah disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia, boleh memasuki negara ini dengan mudah menerusi ejen-ejen tersebut.

Mereka hanya perlu memaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan kepada ejen. Selepas itu, ejen berkenaan akan berhubung dengan pegawai JIM di KLIA dan KLIA2 untuk membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing dengan mudah ke negara ini.

Amat mudah pintu sempadan negara dicerobohi begitu sahaja. Disebabkan dikaburi wang suapan yang begitu banyak, para pegawai JIM mengorbankan keselamatan penduduk negara ini.

Mereka tidak sedar perbuatan tersebut hanya akan memberi impak buruk kepada negara, terutamanya dari soal masalah sosial.

Dalam soal ini, membenarkan GRO asing memasuki negara ini secara haram, tidak membantu pihak berkuasa tempatan membasmi masalah pelacuran di Malaysia.

Sekiranya salah laku seperti ini tidak dibendung, alamatnya bila-bila masa sahaja Malaysia boleh dicerobohi dengan mudah oleh pihak lain.



Khairul Dzaimee sebelum ini mengatakan pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard 'The Mandela Rules' selain memberi layanan baik kepada semua tahanan.

Namun menurut Koalisi Buruh Migran Berdaulat (KBMB) Indonesia, kenyataan Khairul Dzaimee bercanggah dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Jelas persatuan itu, kemudahan bagi migran di Depot Tahanan Imigresen Tawau, Sabah berada dalam keadaan mendukacitakan.

Keadaan depot itu masih buruk selain pelbagai bentuk perlakuan layanan yang tidak menyenangkan berlaku serta boleh menyebabkan jumlah kematian tahanan meningkat.

Dalam tempoh 18 bulan lalu, seramai 17 tahanan Indonesia meninggal dunia dalam depot tahanan berkenaan akibat masalah penyakit.

Mengambil satu lagi contoh, tahanan Rohinya yang lolos di depot tahanan di Sungai Bakap, Kedah pada April lalu, tidak menggunakan sebarang peralatan untuk meloloskan diri.

Betapa rapuhnya kualiti binaan sel depot tahanan Imigresen sehingga boleh dipecahkan begitu sahaja.

Siasatan polis juga mendapati tahanan Rohingya bertindak merusuh kerana berlaku kesesakan dan ketidakselesaan dalam kalangan tahanan.

Adakah Khairul Dzaimee masih mahu menafikan keadaan sebenar depot tahanan Imigresen yang mundur serta tidak sesuai diduduki oleh migran?

Jika benar depot tahanan Imigresen mengikut standard seperti didakwa oleh Khairul Dzaimee, mustahil untuk tahanan berdepan masalah penyakit dan cuba meloloskan diri. Masih cuba untuk 'play-safe', Khairul Dzaimee?



Khairul Dzaimee juga pernah menghina mahkamah sebelum ini selepas bertindak menghantar pulang 1,086 orang ke Myanmar pada tahun lalu.

Tindakan JIM merupakan satu tindakan yang tidak adil serta tidak berperikemanusian menurut undang-undang hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan (humanitarian) antarabangsa, terutamanya apabila terdapat pendedahan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) juga tidak diberi peluang untuk memeriksa dan mengesahkan identiti mereka yang telah dihantar pulang.

Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam mengatakan bahawa tindakan JIM meneruskan operasi penghantaran pulang itu boleh dilihat sebagai perbuatan menghina mahkamah.

Kegagalan pihak JIM dalam mematuhi perintah Mahkamah Tinggi adalah satu perbuatan yang menghina mahkamah dan satu kesalahan di bawah Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan yang harus dikecam.

Pengingkaran perintah mahkamah harus dipandang berat untuk memberi jaminan keadilan dan ketekalan undang-undang kepada semua sektor bukan sahaja sektor hak asasi manusia namun sektor perniagaan dan perindustrian supaya badan kehakiman tidak kehilangan integriti.

Khairul Dzaimee tidak takut untuk mengingkari perintah mahkamah dalam isu ini namun sebaliknya gentar untuk menghantar pulang 1.2 juta warga China yang masih berada di negara ini.

Jelas sekali, Khairul Dzaimee bersikap pilih bulu untuk menghantar pulang mana-mana warga asing di negara ini. Hulur sahaja duit kopi, selamatlah warga asing berkenaan daripada dihantar pulang ke negara asal.

Perbuatan korup seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam badan berintegriti seperti JIM. Khairul Dzaimee sebagai KP Imigresen harus bersikap adil dengan tanggungjawab yang diberikan.



Khairul Dzaimee memalukan imej negara dengan membenarkan para pegawainya melakukan perbuatan korupsi 'tanpa kawalan'.

Soal integriti bermula daripada seorang pemimpin. Sekiranya pemimpinnya bersikap lebih tegas dalam soal korupsi, maka semua salah laku ini tidak akan berlaku.

Khairul Dzaimee seharusnya sedar bahawa JIM adalah benteng sempadan negara. Sekiranya dibiarkan begini, benteng sempadan negara menjadi rapuh dan sejarah pencerobohan anasir luar bakal berulang kembali.

Tergamak Khairul Dzaimee mengorbankan keamanan negara demi kepentingan peribadinya.


Comments

Popular posts from this blog

Letak jawatan, Ketua Pengarah Imigresen!

Cukuplah peluang diberikan pada Khairul Dzaimee

Rombak sahaja JIM, KP Imigresen wajar diganti