Letak jawatan, Ketua Pengarah Imigresen!
Integriti Jabatan Imigresen perlu disiasat sehabis
mungkin! Makin parah apabila media lapor bermacam isu tentang Jabatan
Imigresen.
Soal rasuah jangan cakaplah, pegawai-pegawainya antara
paling kencang terima rasuah.
2018, seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen bersama
dua ahli keluarganya didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah kerana terima
rasuah berjumlah RM12.5 juta.
Mereka buat kerja itu selama tiga tahun sejak 2015.
RM12.5 juta satu nilai yang besar. Betul-betul makan besar!
Tiga tahun ambil rasuah tanpa ada sebarang tindakan
dalaman? Musykil juga kalau difikirkan. Tak mungkin mereka yang di dalam
Jabatan Imigresen tidak dapat hidu sebarang perbuatan rasuah dilakukan
pegawainya?
Agaknya, sebab itu wujud laporan 1.2 juta warga China
masih berada dalam negara ini. Sewenang-wenangnya sahaja warga asing dilepaskan
masuk negara ini.
Kalau di China, sesiapa sahaja rakyat asing yang
tinggal lebih tempoh lawatan dalam visa atau 'overstay' walaupun sehari, pihak
Imigresen China akan cari hingga ke lubang cacing!
Anggota penguatkuasa Imigresen di China tidak ambil
rasuah untuk melindungi rakyat asing kerana kesalahan rasuah boleh membawa
hukuman bunuh!
Ini amat berbeza dengan Malaysia, kerana semakin ramai
pendatang haram, semakin banyak wang perlindungan boleh dikutip oleh Imigresen
setiap bulan!
Apa Ketua Pengarah Imigresen buat? Tak akan tak pantau
anak-anak buah buat kerja? Ke sama-sama kenyang makan duit rasuah sekali?
Berapa banyak komisen Ketua Pengarah dapat? Sebab itu,
diam tak ambil apa-apa tindakan terhadap pegawai yang ambil rasuah
Ketua Pengarah Imigresen perlu bertanggungjawab
tentang soal ini. Tak mungkin Ketua Pengarah sendiri tidak tahu tentang
penglibatan rasuah dalam kalangan pegawai di agensi sendiri? Mustahil!
Sebelum ini, terbongkar warga asing menyelinap masuk
melalui pintu sempadan negara di Johor.
Selepas media lapor, baru nampak pasang khemah
keselamatan. Jika media tak lapor, alamatnya sampai sudah kawasan itu terus
jadi lubuk warga asing masuk negara ini.
Itu belum lagi buka cerita di pintu sempadan
negeri-negeri lain. Hanya sediakan duit kopi, mudah nak keluar masuk Malaysia,
tak payah pakai pasport.
Jangan pelik kalau ada pegawai Imigresen mampu pakai
Toyota Estima meskipun berpangkat Gred KP19. Kalau kereta Ketua Pengarah
Imigresen tentu lebih mewah daripada itu.
Kewujudan warga asing ini bukan satu benda yang baik,
banyak masalah sosial membabitkan warga asing.
Pelacuran, kes-kes jenayah seperti cabul, rompak,
pergaduhan banyak melibatkan warga asing. Keselamatan rakyat sendiri perlu
diutamakan, bukan duit poket yang dipenuhi wang rasuah yang lebih diutamakan!
Mana integriti Jabatan Imigresen? Atau sekadar buat
operasi ala kadar sahaja? Cukuplah setakat masuk TV, untuk menampakkan
seolah-olah Jabatan Imigresen buat kerja.
Kalau Jabatan Imigresen betul-betul buat kerja,
tidaklah berlaku kebanjiran warga asing di negara ini. Jabatan Imigresen diberi
mandat basmi kebanjiran warga asing, bukan biarkan mereka buat onar di negara
ini.
Jabatan Imigresen mana boleh disentuh atau dikritik.
Nanti muncullah wakil Kesatuan bela segala mak nenek pekung Imigresen.
Seolah-olah suci sangat perbuatan segelintir pegawai Imigresen.
Banyak kes hari ini warga asing ditahan, esok warga
asing itu dilepaskan. Hulur saja duit kopi, selesai masalah. Kalau macam itu
gayanya, sampai bila pun masalah warga asing tidak selesai.
Pokok pangkalnya, rombak sahaja Jabatan Imigresen dan
Ketua Pengarah Imigresen, sila letak jawatan. Tiada fungsi. Sia-sia duduk di
kerusi Ketua Pengarah, tapi apa sumbangan kepada rakyat?
PDRM dan SPRM, tolong siasat Ketua Pengarah Imigresen.
Mengapa dibiarkan sahaja pegawai-pegawai Imigresen memeras duit rasuah di sana
sini?
Jabatan Imigresen perlu diselamatkan daripada individu
seperti ini. Makin lama, makin parah kalau biar. Macam kanser! Kalau dibiar
melarat, tidak diubati, lama-lama tumbang.
Kalau boleh, kerajaan tolong lantik seseorang yang
lebih tegas banteras rasuah, terutama dalam kalangan pegawai jabatan itu
sendiri. Buang sahaja mereka yang terima rasuah.
Kena faham, Jabatan Imigresen bertanggungjawab soal
keselamatan sempadan negara, bukan setakat askar dan polis sahaja. Besar tanggungjawab
itu, jangan sampai rakyat desak bubarkan Jabatan Imigresen!
Nantikan pendedahan lagi mengenai Ketua Pengarah Imigresen
kita ini.
Comments
Post a Comment