Konspirasi KP Imigresen terbongkar

Baru-baru ini, tular video pertelingkahan antara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung isu pemeriksaan pasport.

Susulan itu, Mohd Shafiq mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai awam yang ditegur disebabkan penyampaian perkhidmatan kurang memuaskan tidak sepatutnya bertindak balas dengan melakukan provokasi kepada pihak yang membuat teguran.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menafikan dakwaan KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai berkenaan.

Menurut JPA, KPPA sebenarnya telah menegur pihak Imigresen kerana pegawai bertugas tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

 


Kenyataan KPPA ada benarnya. Imigresen sepatutnya lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran bagi menambah baik sistem mereka pada masa hadapan.

Sebelum ini, wujud rungutan orang ramai tentang proses membuat pasport di kaunter dan secara dalam talian pusat perkhidmatan Imigresen. Proses yang begitu lembab menyukarkan orang ramai untuk mengemas kini pasport atau mahu membuat pasport baharu.

Malah, 'kehilangan' pegawai bertugas yang sepatutnya berada di kaunter perkhidmatan turut dipersoalkan orang ramai. Mereka mahukan penjelasan mengapa hanya ada beberapa orang pegawai sahaja di kaunter sedangkan mempunyai kira-kira 10 kaunter perkhidmatan di pusat perkhidmatan Imigresen.

Isu kecekapan pegawai Imigresen sudah lama dipersoalkan dan masih terus berlaku. Apabila ditegur, terus melenting. Sepatutnya setiap teguran perlu diambil positif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya memudahkan orang ramai yang membuat urusan di kaunter Imigresen.

Dalam soal ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud perlu bersikap terbuka dan tidak memanjangkan isu ini. Namun, Khairul Dzaimee sebenarnya memang menunggu masa untuk menjatuhkan KPPA.

Bukan hanya dia seorang, wujud lagi beberapa individu yang turut terbabit sama dalam menjatuhkan KPPA. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang.

Kalau diteliti balik isu KPPA dan pegawai Imigresen itu, tiada bukti kukuh mengatakan KPPA salah. Video yang tular itu dipotong seolah-olah ingin menampakkan KPPA merupakan pihak yang bersalah dalam insiden tersebut.

Khairul Dzaimee dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali adalah satu kartel, bersama-sama Azam Baki. Jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan untuk siasat insiden itu turut melibatkan Zuki dan Azam.



Azam sememangnya tidak 'ngam' dengan KPPA kerana KPPA enggan melayan permintaannya untuk membuat beberapa pertukaran dalam deklarasi aset kerana mahu menyembunyikan skandal rasuahnya.

Zuki pula dikatakan mahu menyambung tugasnya lagi sebagai KSN, namun dia dan KPPA turut tidak sebulu, maka KPPA menjadi mangsa konspirasi mereka untuk 'digulingkan'.

Zuki pun tidaklah sesuci mana. Isu pemilikan tanah di Kuala Lumpur, pasti nama Zuki akan dibangkitkan. Persoalan timbul selepas Zuki meluluskan penjualan tanah di KL kepada warga asing.

Nama Zuki juga menjadi bualan dalam kalangan komuniti perniagaan Cina. Mereka mendakwa banyak urusan jual beli tanah mempunyai kaitan dengan Zuki sehinggakan dia takut untuk berurusan menggunakan namanya.

Pelantikan Khairul Dzaimee sebagai KP Imigresen dari awal sudah diragui. Pada 10 Januari 2019, Datuk Jamil Rakon terima Nota Serah Tugas sebagai KP Imigresen baharu.

Anehnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiba-tiba mengumumkan pelantikan Khairul Dzaimee sebagai KP Imigresen pada 13 Januari.

Perkara itu turut dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa wujud unsur campur tangan politik serta amalan kronisme.

Ketika media bertanyakan kepada Khairul Dzaimee, dia enggan memberi sebarang komen. Kalau tidak betul, mengapa tidak beri jawapan sebenarnya.



Pelantikan Khairul Dzaimee sebenarnya mempunyai kaitan dengan percubaan menganugerahkan kontrak IT Jabatan Imigresen yang bernilai RM3.5 bilion.

Projek yang dimaksudkan adalah myIMMs Global. Projek itu sebenarnya ada kaitan dengan seorang pegawai kanan dalam KDN. Individu itu pula mempunyai kaitan dengan syarikat yang menerima projek myIMMs Global.

Malahan, pegawai kanan itu ada kaitan dengan dengan pertukaran terbaharu pelantikan KP Imigresen. Tidak peliklah mengapa Khairul Dzaimee dilantik secara mendadak.

Ketika itu, Menteri KDN adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Khairul Dzaimee pula bukan asing bagi Muhyiddin. Dia pernah pegang jawatan bekas timbalan ketua setiausaha (dasar dan kawalan) KDN.

Hebat betul rancangan mereka untuk meletakkan kroni masing-masing dalam perkhidmatan awam. Yang untung, mereka manakala rakyat masih sengsara!

Masing-masing hanya tahu memenuhkan poket sendiri sementara rakyat masih bergelut berdepan pelbagai isu ekonomi yang melanda.


Comments

Popular posts from this blog

Letak jawatan, Ketua Pengarah Imigresen!

Cukuplah peluang diberikan pada Khairul Dzaimee

Rombak sahaja JIM, KP Imigresen wajar diganti