KP Imigresen gagal jalan tugas, JIM penuh kontroversi
Julai lalu, negara dikejutkan dengan berita bahawa sekurang-kurangnya 300 kematian di depoh tahanan Imigresen sejak 2020.
Enam kanak-kanak turut dilaporkan mati di depoh
berkenaan.
Pelbagai pihak termasuk kementerian dan NGO gesa
supaya siasatan dilakukan berhubung pendedahan berkenaan.
298 kematian dalam tempoh dua tahun bukan sesuatu yang
normal. Namun sehingga kini, tiada penjelasan atau bukti konkrit apa yang
sebenarnya terjadi dalam depoh tahanan Imigresen.
Kematian dalam tahanan adalah perkara yang serius dan
tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa siasatan sewajarnya, terutama
ketika jumlah korban mencecah ratusan orang.
Punca kematian mesti dikenal pasti, dan penambahbaikan,
ganti rugi atau prosiding jenayah mesti diambil terhadap mana-mana pihak yang
bertanggungjawab terhadap kematian mana-mana tahanan.
Dalam soal ini, sepatutnya Ketua Pengarah Imigresen,
Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud patut bertanggungjawab terhadap sebarang
perkara yang berlaku di dalam Imigresen.
Duduk di kerusi Ketua Pengarah, bukan jaminan untuk
goyang kaki sahaja. Buat pemantauan di semua depoh Imigresen. Tengok apa yang
perlu ditambah baik bagi semua tahanan. Itu fungsi Ketua Pengarah, bukan dibayar
ribuan ringgit tiap-tiap bulan untuk anda bersenang-lenang di pejabat berhawa
dingin!
April lalu, negara kecoh tentang insiden tahanan
Rohingya melarikan diri daripada depoh tahanan di Kedah. Lebih 500 orang
melarikan diri dan 6 mati akibat kemalangan jalan raya.
Mengapa boleh berlaku perkara sedemikian? Puncanya
kemudahan dan hak asasi mereka disekat. Bayangkan depoh tahanan yang kecil dan
perlu memuatkan lebih 500 orang dalam satu-satu masa.
Tahanan juga seorang manusia. Siapa sahaja boleh tahan
kalau diperlaku sedemikian? Namun semua isu itu dinafikan oleh kenyataan
berbentuk populis oleh Ketua Pengarah.
Paling membimbangkan, semua tahanan tidak tahu berapa
lama mereka ditahan di depoh tahanan. Bukan hanya warga asing ditahan, malahan
warga tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut ditahan.
Hari-hari menghitung nasib mereka, terpaksa tinggal di
depoh tahanan yang serba kekurangan selain hak asasi dinafikan. Layanan
seumpama binatang oleh Jabatan Imigresen!
Insiden-insiden seperti ini jelas menampakkan
ketidakcekapan Jabatan Imigresen dalam mengendalikan tahanan. Selalunya, perlu
berbalik kepada siapa pemimpinnya. Kalau pemimpinnya tidak cekap, bagaimana
anak buah mahu mengikut jejak langkahnya.
Sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah pada Januari
2019, 7 kes tahanan melarikan diri dari depoh tahanan Imigresen dilaporkan.
Bagaimana mereka boleh lolos? Apakah pihak Imigresen ambil sikap sambil lewa
tentang soal keselamatan depoh tahanan?
Sekali lagi, ketidakcekapan dan kredibiliti Khairul
Dzaimee sebagai Ketua Pengarah perlu dipersoalkan di sini. Kalau beliau
betul-betul melaksanakan tanggungjawab, tidak akan berlaku kejadian seperti
itu.
Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. 7 kes tahanan
lolos bukan satu jumlah yang boleh dipandang ringan. Itu membuktikan Khairul
Dzaimee tidak turun padang, tinjau semua kemudahan depoh tahanan Imigresen.
Malu besar apabila Malaysia berada pada kedudukan
terendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2022 yang dikeluarkan
Jabatan Negara AS.
Apa Jabatan Imigresen buat? Apa Khairul Dzaimee buat
selama pegang jawatan Ketua Pengarah? Sibuk mengira duit rasuah ke?
Dengan hanya berbekalkan RM300-RM1000 sahaja, semua
orang boleh keluar masuk sempadan negara tanpa perlu guna pasport. Hebat ke
tidak perangai pegawai Imigresen kita? Ketirisan sana sini, salah laku salah
sini.
Mustahil Khairul Dzaimee tidak hidu sebarang salah
laku dalam kalangan pegawainya. Sebagai Ketua Pengarah, perlu tegas dalam
membasmi sebarang salah laku, bukan dibiarkan tanpa sebarang tindakan dalaman.
Agaknya Khairul Dzaimee suka pejabat Imigresen diserbu SPRM.
Isu babitkan Jabatan Imigresen bukan benda baharu.
Acap kali kita dengar tentang pelbagai isu melibatkan Jabatan Imigresen. Rakyat
keluar duit cukai setiap tahun untuk pastikan pegawai-pegawai kerajaan buat
kerja dengan telus dan amanah.
Tutup sahaja Jabatan Imigresen kalau masih kekal di
takuk lama. Wujud Jabatan Imigresen pun tiada guna, kalau isu sama dan salah
laku tetap berlaku.
Comments
Post a Comment