Khairul Dzaimee Penjarah Duit Rakyat
Isu rasuah dalam kalangan para pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bukanlah benda baharu buat rakyat Malaysia. Bermacam skandal rasuah terpampang di dada akhbar. Itu yang dibongkarkan kepada umum. Yang tidak terbongkar dan dilepaskan begitu sahaja?
Dari peringkat atasan sehingga bawahan, semuanya kaki sakau duit untuk memenuhkan poket masing-masing. Ketua Pengarah (KP) Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud turut terlibat.
Khairul Dzaimee mempunyai kabel besar yang melindunginya. Sebab itu, walaupun Khairul Dzaimee terlibat dalam pelbagai skandal, dia masih kebal menjadi KP Imigresen.
Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekarang ini, pernah beberapa kali hendak menukar Khairul Dzaimee ke tempat lain namun gagal. Bayangkan betapa kebalnya Khairul Dzaimee.
Disebabkan itu juga, Khairul Dzaimee boleh dilantik sebagai KP Imigresen secara 'mengejut' menggantikan Datuk Jamil Rakon hanya selepas beberapa hari mendapat Nota Serah Tugas. Mohd Zuki sudah tentu mahu orang-orangnya sahaja dalam agensi awam, senang nak uruskan kontrak.
Nak lagi hebat, nama Khairul Dzaimee tidak pernah disebut langsung dalam kes perbicaraan Ultra Kirana, walhal dia juga salah seorang penerima dana daripada syarikat tersebut. Tahu kenapa? Sebab dia juga se-kartel dengan orang atasan SPRM.
Kartel mereka ini adalah kartel paling besar di Malaysia dan berbilion duit rakyat telah mereka sakau tanpa rasa bersalah. Kartel ini juga merancang konspirasi buruk terhadap individu-individu tertentu.
Khairul Dzaimee sendiri hampir ditukar ke tempat lain kerana terdapat banyak maklumat tentang salah guna kuasa yang Khairul Dzaimee lakukan serta menggunakan kedudukan beliau untuk menerima rasuah terutama dalam urusan kemasukan warga asing serta urusan di pintu masuk negara.
Khairul Dzaimee sudah banyak kali menerima rasuah daripada berbagai pihak. Isu Indonesia tidak mahu menghantar pekerja ke Malaysia baru-baru ini adalah berpunca daripada agenda KP imigresen dan kuncu di KDN.
Khairul Dzaimee mempunyai kepentingan peribadi bersama kartelnya sehingga sanggup menjatuhkan mana-mana pihak yang menggangu rancangan mereka. Betapa kotornya permainan kartel-kartel PTD termasuk Khairul Dzaimee. Disebabkan ketamakan masing-masing untuk sakau duit rakyat, banyak taktik kotor dijalankan untuk mencapai matlamat mereka.
Ada pegawai JIM yang bekerja selama enam tahun dan berpangkat Gred KP19 namun mampu untuk membeli kereta berharga ratusan ribu ringgit dan boleh bayar ratusan ribu ringgit untuk membaiki rumah. Sedangkan gaji asas untuk seseorang berpangkat seperti itu adalah lebih kurang RM1,300 atau RM1,400 sahaja. Bagaimana pegawai itu boleh lepas untuk membeli kereta ratusan ribu ringgit? Dari mana dia mendapat wang?
Pegawai itu juga pernah berulang kali dilapor ke SPRM namun tiada siasatan dibuat kerana semua sudah disuap. Bukan itu sahaja, mereka yang berada dalam Jabatan Integriti JIM juga sudah disuap. Pegawai itu terbabit dalam skandal penyeludupan warga asing secara haram ke negara ini.
Tak cukup buat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pegawai itu buat kerja kotor sama di Pasir Gudang, Johor. Beribu pendatang asing masuk ke negara ini ikut laluan tidak sah gara-gara pegawai korup seperti ini.
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Malaysia (KPISM) pula 'bertanggungjawab' menjaga 'punggung' para pegawai JIM. Kesatuan itu cepat-cepat mengeluarkan kenyataan apabila berlaku sesuatu melibatkan pegawai JIM.
Comments
Post a Comment