KP Imigresen tidak peduli masalah rakyat

Kalau buka media sosial pada hari ini, pelbagai cerita kurang enak dapat kita dengar tentang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ramai meluahkan rungutan tentang karenah birokrasi yang berlaku ketika berurusan dengan JIM. Perkara yang membuatkan rakyat Malaysia paling meluat dan menyampah adalah sistem pembaharuan pasport yang tidak sistematik. Salah satu rungutan kerap diutarakan oleh rakyat adalah kaedah muat naik gambar peribadi ke dalam laman sesawang JIM. Sudahlah tidak dinyatakan dengan jelas apakah saiz yang sebenarnya untuk muat naik gambar. Sepatutnya, apabila sistem itu lebih memudahkan bagi rakyat, tetapi sebaliknya berlaku. Apabila situasi seperti ini berlaku, sudah tentu rakyat lebih memilih untuk membuat pembaharuan pasport di kaunter. Apabila hendak membuat urusan di kaunter, lain pula jadinya. Daripada 10 kaunter, hanya 2 atau 3 kaunter sahaja dibuka. Paling membingungkan, JIM beri alasan 'pegawai bercuti' atau 'pegawai ada urusan' sekiranya mahu m...