Posts

Showing posts from August, 2022

Cukuplah peluang diberikan pada Khairul Dzaimee

Image
  Persatuan Penguasa Imigresen Malaysia (Ppimm) baru-baru ini menegaskan insiden seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tidak akan melemahkan semangat semua kakitangan jabatan tersebut. Ppimm juga berkata, JIM akan terus marak menjalankan tugas kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. Kelakar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ppimm. Kalau benar keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama, mengapa ramai para pegawai JIM ditahan terbabit dalam kes penyeludupan warga asing di seluruh negara? Bukan satu atau dua kali, kes tentang pegawai JIM 'kantoi' terbabit dalam kes-kes seumpama itu. Malahan di KLIA pun ada pegawai JIM yang sanggup bersekongkol dengan ejen-ejen penyeludupan untuk 'bantu' meloloskan GRO. KLIA yang merupakan laluan penting keluar masuk negara, dijadikan sebagai 'port' untuk para pegawai JIM melakukan perbuatan tidak bermoral. Belum lagi dise...

Khairul Dzaimee ‘tali barut’ moden negara

Image
  Isu salah laku dalam kalangan pihak penguatkuasa bukan benda baharu namun apa yang membimbangkan adalah jenayah itu masih terus berlaku. Persoalan yang timbul adalah integriti penguatkuasa yang sepatutnya menjalankan dengan amanah dan menjadi tunjang utama kepada pentadbiran kerajaan. Namun sekiranya perkara itu gagal dilakukan, adalah wajar sekiranya dibasmi, bermula daripada akar umbi. Pertama sekali perlu dibuat adalah memecat atau menukar ketua sesebuah jabatan. Contoh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (KP JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud. Mengapa nama Khairul Dzaimee disebut? Sepanjang pentadbiran Khairul Dzaimee sebagai KP JIM, banyak salah laku berlaku dalam kalangan penguatkuasa JIM. Mengapa perkara itu perlu dibuat terlebih dahulu? Bukankah seseorang ketua bertanggungjawab terhadap salah laku anak buahnya? Dalam soal ini, Khairul Dzaimee hanya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan bertanggungjawab apabila ada anak buahnya melakukan salah laku. Soaln...

Rombak sahaja JIM, KP Imigresen wajar diganti

Image
  Sejak Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dilantik menjadi Ketua Pengarah (KP) Imigresen pada 2019, kontroversi membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah lekang di media. Kredibilitinya boleh dipersoalkan pada saat ini. Mengapa JIM mencetuskan begitu banyak kontroversi sejak beliau dilantik? Adakah beliau bukan individu yang tepat untuk mengetuai JIM? Jangan dilupakan, pelantikan Khairul Dzaimee sebagai KP mempunyai unsur-unsur kronisme. Maka tidak hairan mengapa beliau masih memegang portfolio berkenaan sehingga hari ini, walhal banyak arahannya diragui dan dikecam oleh kebanyakan pihak. Isu-isu seperti pelarian lolos dari depoh tahanan serta tahanan mati dalam depoh Imigresen memberi indikator bahawa Khairul Dzaimee sewajarnya sudah menghantar notis peletakan jawatan bagi menunjukkan beliau bertanggungjawab ke atas ketidakcekapan JIM dalam mengendalikan perkara berkaitan hak asasi kemanusiaan seperti ini. Malaysia boleh menjadi perhatian dunia sekiranya JIM ...

KP Imigresen gadai keamanan negara

Image
  Pembongkaran maklumat bahawa lebih 1.2 juta warga China masih berada di Malaysia selepas tiba di negara ini dalam tempoh antara 2018 dan 2021, amat membimbangkan kebanyakan pihak. Itu baru warga China, belum lagi rakyat dari negara lain yang belum dibongkar. Persoalannya di sini, apakah tugas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga boleh membenarkan warga asing masih tinggal di negara ini? Kita tolak tepi warga China yang berkahwin dengan rakyat tempatan. JIM mempunyai rekod keluar masuk setiap individu asing di negara ini, mengapakah tidak usir mereka selepas tamat tempoh pas perjalanan mereka? Apakah JIM ditawar duit kopi yang terlalu banyak oleh sindiket-sindiket tertentu sehingga sanggup menutup mata tentang isu ini? Sewajarnya, Ketua Pengarah (KP) Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud perlu jawab persoalan tersebut namun sehingga ke hari ini, dia gagal berbuat demikian. Adakah Khairul Dzaimee cuba 'play safe' dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataa...

KP Imigresen muka tembok

Image
Sejak awal tahun ini, banyak kontroversi melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Antara kes yang dilaporkan adalah kes tahanan lolos, isu kematian di dalam depoh tahanan dan banyak lagi. Semua isu yang dilaporkan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh JIM. Malahan, semua isu terbabit melibatkan keselamatan negara serta warga asing. Meskipun ada warga asing datang ke negara ini secara haram, namun mereka juga mempunyai hak asasi manusia yang dilindungi di bawah payung Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR). Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan baik, apa akan berlaku kepada reputasi Malaysia yang sering memperjuangkan hak asasi manusia dan keamanan sejagat di peringkat antarabangsa? Individu yang patut bertanggungjawab dalam hal ini adalah Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. Sepatutnya dia lebih bertanggungjawab dan sudah meletakkan jawatannya ketika ini. Insiden seperti tahanan lolos dari depoh tahanan dan kemati...

Konspirasi KP Imigresen terbongkar

Image
Baru-baru ini, tular video pertelingkahan antara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung isu pemeriksaan pasport. Susulan itu, Mohd Shafiq mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai awam yang ditegur disebabkan penyampaian perkhidmatan kurang memuaskan tidak sepatutnya bertindak balas dengan melakukan provokasi kepada pihak yang membuat teguran. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menafikan dakwaan KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai berkenaan. Menurut JPA, KPPA sebenarnya telah menegur pihak Imigresen kerana pegawai bertugas tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.   Kenyataan KPPA ada benarnya. Imigresen sepatutnya lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran bagi menambah baik sistem mereka pada masa hadapan. Sebelum ini, wujud rungutan orang ramai tentang proses membuat pasport di kaunter dan secara...

KP Imigresen gagal jalan tugas, JIM penuh kontroversi

Image
Julai lalu, negara dikejutkan dengan berita bahawa sekurang-kurangnya 300 kematian di depoh tahanan Imigresen sejak 2020. Enam kanak-kanak turut dilaporkan mati di depoh berkenaan. Pelbagai pihak termasuk kementerian dan NGO gesa supaya siasatan dilakukan berhubung pendedahan berkenaan. 298 kematian dalam tempoh dua tahun bukan sesuatu yang normal. Namun sehingga kini, tiada penjelasan atau bukti konkrit apa yang sebenarnya terjadi dalam depoh tahanan Imigresen. Kematian dalam tahanan adalah perkara yang serius dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa siasatan sewajarnya, terutama ketika jumlah korban mencecah ratusan orang. Punca kematian mesti dikenal pasti, dan penambahbaikan, ganti rugi atau prosiding jenayah mesti diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian mana-mana tahanan. Dalam soal ini, sepatutnya Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud patut bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku di dalam Imigre...

Letak jawatan, Ketua Pengarah Imigresen!

Image
Integriti Jabatan Imigresen perlu disiasat sehabis mungkin! Makin parah apabila media lapor bermacam isu tentang Jabatan Imigresen. Soal rasuah jangan cakaplah, pegawai-pegawainya antara paling kencang terima rasuah. 2018, seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen bersama dua ahli keluarganya didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah kerana terima rasuah berjumlah RM12.5 juta. Mereka buat kerja itu selama tiga tahun sejak 2015. RM12.5 juta satu nilai yang besar. Betul-betul makan besar! Tiga tahun ambil rasuah tanpa ada sebarang tindakan dalaman? Musykil juga kalau difikirkan. Tak mungkin mereka yang di dalam Jabatan Imigresen tidak dapat hidu sebarang perbuatan rasuah dilakukan pegawainya? Atau masing-masing tutup pekung antara satu sama lain? Agaknya, sebab itu wujud laporan 1.2 juta warga China masih berada dalam negara ini. Sewenang-wenangnya sahaja warga asing dilepaskan masuk negara ini.   Kalau di China, sesiapa sahaja rakyat asing yang tinggal lebih tempoh la...